Hussain's FotoPage

By: Hussain Din

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 11-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
SELECTION

PROSES SELECTION
PADI MASAK - DAUN PENGASUH MASIH HIJAU
Apabila kacukan padi dijalankan, progeny yang dihasikan ditanam dan dibuat pemilihan berterusan untuk beberapa musim sehingga matlamat sesuatu kacukan itu diperoleh. Contoh matlamat adalah ketinggian pokok, hasil tinggi atau ketahanan terhadap penyakit. Proses pemilihan itu dikenali dengan SELECTION.


Wednesday, 10-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
PESAWAH PERLU JADI MATAHARI

SAWAH MENGUNING
COMBINE HARVESTER
TANGKAI-TANGKAI REZEKI
View all 4 photos...
PESAWAH MATAHARI

PESAWAH PERLU TRANSFORMASI
PESAWAH PADI PERLU JADI MATAHARI
BUKAN LILIN TIDAK TERPERI
MENERANGI ORANG LAIN MEMBAKAR DIRI

UMPAMA MATAHARI TERUS MENYINARI
BERDIRI MEGAH TANPA HENTI
SINAR TAK LUAK WALAU SEINCI
TANPA SINARNYA SEMUANYA AKAN MATI

ADA PADI SEMUA KERJA JADI
ADA BERAS SEMUA KERJA DERAS
HASIL PESAWAH PEMANGKIN PERTUMBUHAN EKONOMI
JATIDIRI TERSERLAH TAK MUDAH TERBABAS

.


Friday, 22-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
PERUMPAMAAN BIJI BENIH DALAM ALQURAN

TANGKAI PADI
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ {261}
The parable of those who spend their property in the way of Allah is as the parable of a grain growing seven ears (with) a hundred grains in every ear; and Allah multiplies for whom He pleases; and Allah is Ample-giving, Knowing

Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.

ALBAQARAH: 261


Thursday, 21-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
KAWIN PADI

EMASCULATION (MEMATIKAN DEBUNGA POKOK INDUK)
POTONG HUJUNG SPIKELETS
SUMBER DEBUNGA POKOK JANTAN
View all 6 photos...
Benih atau varieti padi yang diisytiharkan adalah hasil kacukan atau perkahwinan. Kalau kita nak kahwinkan padi mesti ada rukunnya macam nikah juga. Mesti ada induk betina dan induk jantan. Tok kadinya adalah pegawai pembaikbaka atau pembantunya ..........naib kadi. Ciri-ciri yang diperlukan mesti ada dalam induk yang kita guna. Contohnya kita kahwinkan induk yang berhasil tinggi dengan induk yang tahan penyakit. Tujuannya adalah untuk dapatkan varieti yang berhasil tinggi dan tahan penyakit. Bila dapat baka kita pilih pula. Macam kitalah kalau kawin dengan orang cantik tak semestinya semua anak kita cantik. Kita pilih dan kawinkan lagi dan pilih lagi dan lagi dan lagi ......... sehinggalah apa yang kita impikan tercapai.

Kalau nak cerita lanjut pi sembang dengan Pegawai Penyelidik MARDI yang membuat tugasan membaik biak padi. Tempat kahwin mengawin ni dibuat di Stesen MARDI Seberang Perai (Bertam).


Tuesday, 19-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
PENGISYTIHARAN VARIETI PADI

JAYA
BAHAGIA
MAKMUR
Setakat ini sebanyak 34 varieti padi telah diisytiharkan untuk penanaman padi di Malaysia. Bukan mudah untuk menghasilkan satu satu varieti. Ia mengambil masa lebih kurang 10 tahun. Ia bermula dengan proses kacukan, pemilihan, penulinan, saringan musuh dan penyakit , percubaan hasil, ujian mutu masakan dan banyak lagi kajian-kajian yang berkaitan.

BIL TAHUN VARIETI
1 2005 MRQ 74 (MAS WANGI)
2 2003 MR 220
3 2001 MR 219
4 1999 MRQ 50
5 1999 MR 211
6 1997 MR 185
7 1995 MR 167
8 1995 MR 159
9 1991 MR 127
10 1991 MR 123
11 1990 MR 106
12 1990 MR 103
13 1990 PH9
14 1988 MR 81
15 1986 MR 84
16 1985 Makmur
17 1984 Seberang
18 1984 Muda
19 1984 Manik
20 1981 Pulut Siding
21 1981 Kadaria
22 1979 Sekencang
23 1979 Sekembang
24 1979 Setanjung
25 1974 Pulut Malaysia I
26 1974 Sri Malaysia II
27 1974 Sri Malaysia I
28 1973 Jaya
29 1973 Masria
30 1972 Murni
31 1968 Bahagia
32 1966 Ria
33 1965 Mahsuri
34 1964 Malinja

AKAN DATANG..........BAGAIMANA POKOK DIKAHWINKAN? SIAPA TOK KADINYA ?


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net